karangan untuk sekolah rendah - Makanan Seimbang

Kebaikan Pengambilan Makanan Seimbang

           Manusia memerlukan makanan seimbang dalam keperluan tubuh badan. Pangambilan makanan yang mengandungi zat-zat seperti vitamin, protien, karbohidrat dan lain-lain lagi sangat penting untuk pembesaran dan penjagaan kesihatan.

Pengambilan makanan seimbang ini memberi banyak kebaikan. Antaranya ialah dapat mengelakkan diri daripada mudah jatuh sakit. Dengan pengambilan zat seperti  vitamin menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

Selain itu pemakanan seimbang boleh mengelakkan obesiti. Kita perlu mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegitu menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

Pengambilan pemakanan seimbang sangat penting untuk diamalkan bagi semua peringkat usia sama ada golongan tua atau muda. Kerajaan turut menyeru agar masyarakat mengamalkan pemakanan seimbang demi kesihatan.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

inikah cinta 3