cerita waktu tidur 2

Tahap 1

Belalang yang Pemalas

Di sebalik kuntuman bunga, lebah-lebah sibuk mengumpulkan madu. Manakala semut sibuk mengangkut gula dan sisa makanan. Berlainan pula dengan belalang. Dia asyik bermain alat muziknya dan menyanyi tanpa henti. “Hai semut, marilah mendengar nyanyian aku yang merdu ini,” ajak belalang.
“Tidak mengapa belalang, kami perlu mengumpulkan makanan. Musim sejuk akan tiba bila-bila masa. Jika tidak mengumpulkan makanan sekarang, kami akan kebuluran nanti,” beritahu semut. Namun nasihat tersebut tidak diendahkan oleh belalang. Malah dia mentertawakan mereka.
 Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur. Hujan turun dengan lebat. Belalang terbangun kerana sangat lapar. Namun di rumahnya tiada makanan. Akibat terlalu lapar, belalang mengetuk rumah semut.
Semut menjenguk dari jendela dan melihat belalang yang basah kuyup di luar pintu. Semut pun membuka pintu.
“Semut, tolong aku. Aku sangat lapar, aku tidak sempat untuk mengumpul makanan,” rayu belalang.
“Marilah masuk belalang. Makanan ini cukup untuk kita semua,” kata semut dengan kasihan melihat keadaan belalang.
“Terima kasih semut. Aku menyesal kerana mentertawakan kamu semua,” kata  belalang dengan insaf.







Comments

Popular posts from this blog

karangan untuk sekolah rendah - Makanan Seimbang

inikah cinta 3