Posts

cerita waktu tidur 4

Mulut berbau Pada masa dahulu, terdapat sebuah negeri didiami raja dan rakyat jelata yang malu untuk bercakap kerana mulut mereka mengeluarkan bau yang sangat busuk . “Apakah yang musibah yang melanda negeri beta ini?” tanya raja. Apabila pembesar menghadap raja, masing-masing membisu kerana takut hendak bercakap. Jika mereka bercakap, mulut mereka akan mengeluarkan bau yang busuk. Pada suatu hari, seperti biasa puteri raja bersama dayang-dayangnya keluar bermain-main di dalam taman larangan . Tiba-tiba seekor burung murai terbang dan hinggap di sepohon bunga. Murai itu berkicau dengan rancak. Ia seolah-olah memberitahu sesuatu kepada tuan puteri. Murai itu mematuk-matuk bunga yang ada di dahan. Lalu menjatuhkan bunga itu di atas paha tuan puteri. Tuan puteri mengambil bunga itu dan menggigit sedikit bunga kecil itu. Rasanya enak  dan mulut tuan puteri seakan segar. Tanpa membuang masa puteri memetik bunga kecil itu dengan banyak. Kemudian memakannya. Selang ...
Sang Kancil Dengan Sang Monyet Pada suatu pagi, Sang Kancil pergi mencari makanan. T iba-tiba Sang Kancil ternampak sebatang pokok jambu yang lebat buahnya. Sang Kancil teringin untuk makan buah jambu yang masak itu. Di atas pokok jambu itu, kelihatan seekor monyet begitu rakus memakan buah jambu. L alu Sang Kancil menegur Sang Monyet, "Wahai Sang Monyet, buah jambu yang kamu makan itu kelihatan sedap. Bolehkah kau berikan aku sebiji jambu?” Sang Monyet menjeling  ke bawah melihat siapa gerangan yang mengganggunya. “Ooo, Sang Kancil! B uah jambu yang masak ini rasanya sangat sedap dan manis. Kalau engkau mahu makan, engkau panjatlah sendiri," kata Sang Monyet dengan sombong. Sang Kancil mendapat suatu akal. Sang Kancil berpura-pura marah lalu membaling  Sang Monyet dengan sebatang kayu kecil.  Sang Monyet marah dengan tindakan Sang Kancil. Lalu, Sang Monyet memetik  beberapa biji jambu dan membalingnya ke arah Sang Kancil. Dengan pantas, Sang Kancil...

cerita waktu tidur 2

Tahap 1 Belalang  yang Pemalas Di sebalik kuntuman bunga, lebah-lebah sibuk mengumpulkan madu. Manakala semut sibuk mengangkut gula dan sisa makanan . Berlainan pula dengan belalang. Dia asyik bermain alat muziknya dan menyanyi tanpa henti. “Hai semut, marilah mendengar nyanyian aku yang merdu ini,” ajak belalang. “Tidak mengapa belalang, kami perlu mengumpulkan makanan. Musim sejuk akan tiba bila-bila masa. Jika tidak mengumpulkan makanan sekarang, kami akan kebuluran  nanti,” beritahu semut. Namun nasihat tersebut tidak diendahkan oleh belalang. Malah dia mentertawakan mereka.  Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur. Hujan turun dengan lebat . B elalang terbangun  kerana  sangat lapar .   Namun  di rumahnya tiada makanan.  Akibat terlalu lapar, belalang mengetuk rumah semut. S emut menjenguk  dari jendela dan melihat belalang yang basah kuyup di luar pintu. Semut pun membuka pintu . “Semut, tolong aku. Ak...

cerita waktu tidur

cerita waktu tidur kalau mat saleh - bed time story Sayang Adik Sayang Hari ini hari minggu. Rina membantu emak memasak. Rina sangat gembira kerana akan mendapat adik baru. Emak dijangka akan bersalin  bayi perempuan. Berlainan pula dengan Alif, adik Rina. Dia sudah lama inginkan adik lelaki. Semasa Rina dan emak sibuk di dapur. Alif bermain seorang diri di halaman rumah . Ayah pula sibuk mengecat kerusi batu. Ayah berpesan kepada Alif agar jangan keluar dari rumah. Sedang Alif leka bermain, tiba-tiba Alif terdengar bunyi di luar pagar. Alif meluru   ke arah pagar tanpa disedari sesiapa. Setelah siap mengecat, ayah masuk ke rumah untuk mencuci tangan. Rina dan emak juga telah siap memasak. Emak menyuruh Rina memanggil Alif. Rina memanggil-manggil nama Alif tetapi tiada sahutan. Mereka mencari sekeliling rumah. Namun tidak dijumpai. Pak Cik Guna, jiran sebelah keluar apabila terdengar bunyi-bunyi kecoh. “Pak Cik Guna, ada nampak Alif tak?” tanya Rina. ...

buku hasil penulisan

boleh klik pada url di bawah suspen sikitkan https://books.google.com.my/books?id=5p23GaT4pW8C&pg=PP1&lpg=PP1&dq=zaida+mohd+noor&source=bl&ots=nhkniVT73j&sig=FFabioCVEHDlmXVtZ4b0Erts2fU&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjJpZ22kZ7fAhXIq48KHdw4D3cQ6AEwDHoECAIQAQ#v=onepage&q=zaida%20mohd%20noor&f=false

afi- menuju dewasa

Image
Ahmad Hafiy Sidqii Tahun ini, tahun mencabar bagi afi. Melalui fasa berpantang seperti wanita bersalin. Semoga Ai menjadi anak yang soleh dan insan yang berjaya di dunia dan akhirat